fbpx

EPL: Man. United mahu Cunha ganti Martial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUNHA dianggap calon terbaik untuk menggantikan Martial yang tamat kontrak bersama United. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan sedang menyasarkan penyerang Wolves, Matheus Cunha yang bernilai £60 juta (RM 300 juta) bagi mengisi kekosongan di bahagian serangan.

The Red Devils telah memantau perkembangan Cunha sejak musim lalu dan dia berada dalam senarai sasaran utama ketika United sedang mencari pengganti Anthony Martial yang telah meninggalkan kelab.

Pengendali United, Erik Ten Hag hanya mempunyai dua penyerang senior iaitu Rasmus Hojlund dan Marcus Rashford, menyebabkan seorang lagi penyerang baharu diperlukan pasukan itu pada jendela perpindahan kali ini.

Pemain berusia 25 tahun yang berpindah dari Atletico Madrid dengan nilai £44 juta (RM 242 juta) itu telah muncul sebagai pemain idaman United selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim pertamanya di Liga Perdana bersama Wolves.

Pemain Brazil itu meledak 14 gol musim ini dan membuat lapan bantuan jaringan, namun difahamkan Wolves akan menolak sebarang cubaan untuk mendapatkan Cunha, tetapi United bersedia untuk mengemukakan bidaan besar untuk memujuk kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI