fbpx

Ekspedisi Gunung Denali: Proses bedah siasat jenazah Zulkifli selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (kanan) meninggal dunia ketika menawan Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara baru-bari ini. Foto INSTAGRAM AZIMAFIFISHAK

PETALING JAYA – Jenazah peserta Ekspedisi Gunung Denali di Alaska, Amerika Syarikat, Allahyarham Zulkifli Yusuf, 37, selesai menjalani bedah siasat, pada kelmarin (waktu tempatan).

Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam satu kenyataan berkata, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di rumah mayat untuk proses membawa pulang jenazah ke Malaysia.

Ujarnya, proses membawa pulang jenazah akan dilakukan dengan kerjasama pihak syarikat insuran, agen pengurusan jenazah, pihak Konsular General di Los Angeles dan wakil Kelab Jelajah Alpine.

“Setakat ini kami belum menerima sebarang butiran berkenaan jadual penerbangan yang dijangka akan membawa pulang jenazah Allahyarham.

“Sebelum dibawa pulang, jenazah akan dimandi dan dikafankan dengan kerjasama Islamic Community Center of Anchorage di Alaska,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Kelab Jelajah Alpine Malaysia turut memaklumkan, pendaki Illaham Ishak masih di hospital di Anchorage untuk rawatan kerana mengalami frostbite.

“Bagi pendaki Zainudin Lot pula, beliau telah dibenarkan keluar dari hospital dan kini membantu proses membawa pulang jenazah.

“Kami akan maklumkan butiran penerbangan yang membawa jenazah Allahyarham Zulkifli Yusof setelah mendapat ketetapan dari pihak berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pendaki Malaysia maut, manakala dua lagi selamat selepas terkandas selama tiga hari di Gunung Denali, Alaska, Amerika Utara.

Allahyarham Zulkifli disahkan meninggal dunia pada 6 pagi hari Rabu (waktu tempatan) semasa berlindung di “snow cave” di kawasan dikenali sebagai “Football field” di ketinggian 19,700 kaki dari aras laut.

Punca kematian disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia dan akan disahkan melalui post mortem. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI