TIDAK dapat menunaikan haji tahun lalu, pelakon Baim Wong mendedahkan punca dia keluar pesawat sebelum penerbangan berlepas ke Mekah.
Katanya, tindakan keluar pesawat dilakukan selepas menyedari hanya diberikan visa ziarah yang tentu sahaja tidak membolehkannya mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Melalui Instagramnya, bapa kepada dua anak itu berharap insiden yang menimpanya tidak terjadi kepada bakal haji lain.
Akui Baim, selepas hampir setahun berdiam diri serta menyimpan hal sebenar dia membatalkan pemergian ke Tanah Suci, kini dia bersedia untuk bersuara.
Dia mengingatkan semua orang agar berwaspada dan menggunakan khidmat agensi yang mempunyai kredibiliti selain mengikut saluran betul.
Baim juga berharap pengalaman itu dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.