fbpx

Utamakan pelaburan sektor kritikal, persediaan negara tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa KWSP 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Malaysia mesti mengutamakan pelaburan dalam sektor kritikal seperti penjagaan kesihatan, farmaseutikal dan infrastruktur kondusif kepada penuaan aktif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan memperuntukkan sumber dalam sektor tersebut, Malaysia boleh meletakkan dirinya dengan memanfaatkan potensi pasaran yang berkembang pesat dianggarkan bernilai USD15 trilion.

“Pelaburan ini tidak hanya menjanjikan pulangan besar, bahkan sejajar komitmen Malaysia dalam memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup populasi menua serta memupuk pertumbuhan ekonomi mampan kepada negara.

“Malah syarikat berkaitan kerajaan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) telah menerajui untuk membangunkan ekonomi perak atau ‘silver economy’ di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa KWSP 2024 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Malaysia perlu mengutamakan pelaburan dalam ekonomi perak atau ‘silver economy’ untuk membangunkan infrastruktur dan inovasi dalam mendepani populasi lanjut usia yang semakin meningkat di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI