fbpx

Tinjauan KWSP: Usia lebih 60 tahun mahu kerja sampai sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tinjauan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap responden berusia lebih 60 tahun mendapati, kira-kira 26.1 peratus akan bekerja sehingga kesihatan tidak mengizinkan atau jatuh sakit dalam mereka berdepan cabaran jaminan pendapatan untuk membiayai keperluan persaraan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam masa sama, data KWSP juga menunjukkan satu daripada empat pencarumnya kehabisan simpanan tersebut dalam tempoh lima tahun selepas pengeluaran.

“Pemberian secara sekali gus daripada manfaat KWSP ini hasilnya ialah ramai daripada rakyat tidak dapat mengekalkan standard yang munasabah semasa persaraan atau menguruskan usia panjang mereka.

“Selain itu, penduduk tua juga lebih terdedah kepada kemiskinan berbanding purata penduduk Malaysia, yang mana hanya 29 peratus rakyat Malaysia mempunyai pencen atau pencen seperti pendapatan semasa persaraan,” katanya.

Anwar berkata demikian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa KWSP 2024 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI