fbpx

Tempoh kemasukan pekerja Bangladesh tidak dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (tengah) ketika lawatan ke Kompleks Penjara Seberang Perai, Jawi, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kerajaan tidak akan melanjutkan tempoh masa bagi pekerja Bangladesh yang terkandas ekoran terlepas tarikh masuk ke negara ini, berakhir pada 31 Mei lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengumuman berhubung tarikh akhir itu telahpun dihebahkan lebih awal.

Menurutnya, tempoh yang diberikan adalah munasabah malah majikan yang ingin membawa masuk pekerja asing ke negara ini mempunyai masa mencukupi untuk berbuat demikian.

“Ketika tarikh (31 Mei) itu ditetapkan, kita telah ambil kira semua proses, maknanya bermula dari kuota diluluskan, pemeriksaan kesihatan, mendapatkan visa, atur tiket dan semua itu boleh dilakukan sebelum tarikh akhir.

“Dari 28 Mei sehingga 31 Mei iaitu dalam tempoh empat hari, jumlah kemasukan pekerja asing yang direkodkan lebih 20,000 orang dan apabila kita buat semakan, didapati ada antara mereka yang visanya sudah diluluskan sejak November tahun lepas lagi.

“Kalau majikan betul-betul memerlukan pekerja (asing) untuk kait buah di ladang, visa dah lulus, dapatkan tiket maka datanglah…kenapa tunggu sampai 31 Mei untuk bawa masuk pekerja asing?, soalnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas berhubung rayuan kerajaan Bangladesh yang memohon hampir 17,000 rakyatnya yang mempunyai visa kerja yang diluluskan, namun terlepas tarikh akhir 31 Mei untuk dibenarkan masuk ke Malaysia.

Terdahulu, beliau mengiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak melawat Kompleks Penjara Seberang Perai, Jawi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, unjuran kemasukan pekerja asing mencecah sehingga 2.6 juta pada Disember tahun ini dan ia melebihi sasaran Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu kira-kira 2.5 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI