fbpx

‘Seluas-luas pantai, depan kami dia pacak khemah besar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah khemah yang didirikan oleh sekumpulan individu di Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon), Port Dickson.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan individu memasang khemah sehingga menghalang pemandangan di Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon), Port Dickson mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pengunjung.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @snlelaaaaa, sekumpulan individu mendirikan khemah besar di hadapan sebuah keluarga yang sedang berkelah di pantai tersebut.

“Kebahagiaan kami sementara sahaja, pergi pantai tapi dapat view (pemandangan) khemah. Seluas-luas pantai, depan kami juga mereka mahu berteduh untuk pacak ‘rumah’,” keluh keluarga tersebut.

Menurut keluarga itu, mereka tiba di pantai itu terlebih dahulu sebelum sekumpulan individu tersebut hadir dan memasang khemah tanpa memikirkan pengunjung lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan tersebut.

“Bahaya sebab tak nampak anak-anak kecil sedang mandi, takut lemas sebab khemah halang orang nak pantau anak-anak. Kalau dah tahu khemah tu besar pasang di belakang,” komen @zulaikha.

“Tidak ada common sense orang macam ini. Kalau saya, tegur baik-baik minta mereka ke belakang,” komen @izzyy26.

“Tak suka orang macam ini, suka hati nak pacak khemah. Sebelum pasang, toleh dulu kiri, kanan, depan dan belakang. Jangan pentingkan diri sendiri,” komen @makanasayang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI