ENGGAN luka lama berdarah kembali, pelakon dan penyanyi Selena Gomez mendedahkan dia memilih untuk hidup sendirian selama lima tahun.
Kata Gomez, sebelum bertemu dengan kekasihnya, Benny Blanco, dia selesa mengharungi kehidupan secara sendirian tanpa peneman hidup.
Meskipun segelintir pihak ‘takut’ untuk hidup bujang, tetapi pelantun lagu Love On itu mengakui sudah terbiasa dengan situasi tersebut.
“Saya sendirian selama lima tahun dan saya sudah terbiasa dengannya.
“Ramai orang takut bersendirian, dan saya mungkin menyeksa diri selama dua tahun, tetapi kemudian saya menerima dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Setelah selesa sendirian, Gomez terbuka ditanya soal perkahwinan dan dia tidak meletakkan syarat pada usia berapa untuk berkahwin.
“Saya muhasabah diri dan tidak meletakkan syarat sama ada ingin bercinta dengan sesiapa pun dan menyerahkannya kepada takdir,” ujarnya.
Sebelum Blanco, Gomez sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan penyanyi Justin Bieber dan The Weeknd.