fbpx

Sejuta Kasih MyKu-Kiss bantu bisnes OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan (kanan) pada majlis pelancaran program Sejuta Kasih MyKu-Kiss di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – DMG Food Industry Sdn. Bhd. (DMG) be­kerjasama dengan Dewan Perniagaan OKU Malaysia untuk menjayakan program Sejuta Kasih MyKu-Kiss yang menyokong golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam bidang perniagaan.

Melalui kerjasama tersebut, syarikat menyasarkan penjualan sejuta kotak butter cookies (biskut mentega) di bawah jenama Myku-Kiss dalam tempoh enam bulan.

Pengurus Besar DMG, Dr. Hassan Saad berkata, ia melibatkan nilai jualan kira-kira RM5.9 juta, yang mana sebahagian daripadanya akan disumbangkan kepada Dewan Perniagaan OKU untuk manfaat kumpulan memerlukan.

“Produk ini dijual di semua segmen peruncitan termasuk online pada harga RM5.90 sekotak dan kami akan turut menghantarnya ke semua cawangan Dewan Perniagaan OKU di seluruh negara untuk diedarkan.

“Kami yakin produk ini akan mendapat sambutan baik de­ngan sokongan ahli Dewan Perniagaan OKU dan bercadang untuk memperluaskan lagi projek-projek kerjasama seumpama ini untuk memberi manfaat kepada kumpulan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas maj­lis pelancaran program Sejuta Kasih MyKu-Kiss di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hassan m­enerangkan, DMG terkenal dengan keluaran produk butter cookies di pasaran, yang mana ia adalah syarikat bumiputera pe­rintis dalam bidang tersebut.

Jelasnya, syarikat berkenaan mula beroperasi pada 1997 bagaimanapun terjejas teruk akibat pandemik sebelum dia mengambil alih perniagaan.

“Mungkin ditambah faktor usia, pemilik asal DMG telah menjual kilang dan syarikat ini dan bermula dari situ, saya sentiasa berinovasi untuk mencari pembaharuan terutamanya dalam bidang pemasaran bagi menaikkan semula imej MyKu-Kiss,” jelasnya.

Tambah beliau, menerusi program berkenaan, syarikat telah memberi peluang kepada kira-kira 50 OKU yang dilantik sebagai rakan strategik pema­saran.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI