fbpx

Rizman Ruzaini bayar RM3 juta dapatkan Naomi Campbell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizman Ruzaini membayar RM3 juta untuk mendapatkan khidmat model antarabangsa Naomi Campbell bagi memperagakan busana rekaan mereka di Minggu Fesyen Dubai.

PETALING JAYA – Jenama fesyen tempatan popular Rizman Ruzaini membayar RM3 juta untuk mendapatkan khidmat model antarabangsa Naomi Campbell bagi memperagakan busana rekaan mereka di Minggu Fesyen Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada Oktober tahun lalu.

Kata perekanya, Rizman Nordin, 40, awalnya perancangan untuk mendapatkan khidmat model tersebut berdepan jalan buntu.

“Awalnya ramai yang tidak bersetuju untuk menggunakan khidmat Naomi kerana bayaran terlalu mahal.

“Dalam perbincangan pada bulan Jun tahun lalu, dia tidak memberi maklum balas. Kemudian pada bulan 8 akhirnya perkara itu dapat direalisasikan,” katanya dalam satu video audio siar.

Dalam pada itu, Rizman memberitahu, pihaknya hampir menanggung kerugian selepas pihak pengurusan model terbabit menaikkan harga secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku selepas Naomi mengetahui perkara terbabit dan mengekalkan harga asal ialah AS$350,000.

“Harganya tiba-tiba meningkat selepas dia menjadi muka depan majalah Vogue dan siaran dokumentari mengenainya. Disebabkan itu harganya meningkat mendadak.

“Mungkin kerana kami pereka dari Malaysia, jadi dia ingin ‘ketuk’ sebab bayarannya mencecah lebih RM4.5 juta.

“Kemudian kami sendiri berbincang dengan pihak Naomi dan akhirnya dia (Naomi) bersetuju dengan harga asal,” katanya.

Terdahulu, Naomi menggenakan gaun putih hitam dan dihiasi dengan kristal serta dipadankan dengan jaket bolero untuk koleksi musim bunga/panas 2024.

Rekaan tersebut turut diilhamkan daripada legenda rakyat Nusantara diberi nama Naga Seri Gumum yang mengisahkan tentang naga tidur di Tasik Chini, Pahang.

Sebanyak 60 rekaan yang bertemakan Spring Summer 2024 dipentaskan sepanjang pertunjukkan fesyen tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI