PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka tertumpu di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) dan Kuala Lumpur.
“Selain itu, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak termasuk Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.
“Johor pula melibatkan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru serta Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilam,” katanya hari ini.
Sementara itu, kata MetMalaysia, ribut petir turut diramalkan berlaku di Sarawak membabitkan Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Telang Usan) dan Limbang.
“Bagi Sabah, cuaca buruk dijangka melanda Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) serta Sandakan (Tongod dan Telupid). – KOSMO! ONLINE