fbpx

‘Ramai wanita bertudung mesej saya sebab watak tomboi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaza Bae berjaya menterjemahkan karakter tomboi bernama Sam dengan berkesan dalam drama rantaian, Aku Bukan Ustazah.

KUALA LUMPUR – Melakonkan watak tomboi bernama Sam dalam drama popular, Aku Bukan Ustazah membuatkan pelakon Shaza Bae dihujani dengan banyak mesej daripada peminat wanita dalam media sosial.

Shaza atau nama penuhnya Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 29, mengakui perkara tersebut mengejutkan dirinya kerana tidak menyangka pujian yang diberikan untuk watak tersebut adalah daripada golongan wanita.

“Ada yang hantar DM (direct messege) beritahu saya terlalu kacak untuk jadi wanita. Kebanyakan yang hantar mesej ini adalah wanita bertudung.

“Tak kurang juga ada yang cakap ‘cair’ melihat watak Sam,” katanya kepada HibGlam pada sidang akhbar drama Aku Bukan Ustazah di sini, baru-baru ini.

Mengambil secara positif, dia menganggap semua itu sekadar pujian daripada penonton drama tersebut yang menjadi kegilaan ramai ketika ini.

Dia bagaimanapun menegaskan  dirinya bukan peminat kaum sejenis dan meminta netizen khususnya golongan wanita tidak terlibat dengan hubungan berkenaan.

“Jika sempat saya akan balas dah beritahu itu hanyalah watak. Harap mereka tidak kecewa apabila berjumpa saya secara bersemuka kerana saya adalah orang yang berbeza daripada watak Sam.

“Adakalanya saya hanya bagi tanda suka sahaja kerana tak mahu buat mereka terdorong ke arah perkara tidak elok (hubungan kaum sejenis),” ujarnya.

Sehingga kini, drama Aku Bukan Ustazah berjaya meledak dalam media sosial termasuk meraih jumlah tontonan tinggi.

Selain Shaza dan Erysha, drama arahan Idora Abdul Rahmah itu turut dibintangi Zahiril Adzim, MK KClique dan Haneesya Hanee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI