fbpx

PRK Sungai Bakap: UMNO sedia bantu calon PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan ketika menghadiri Program Seminar Jalan Bandar@Penang 2024 di Butterworth Arena, hari ini.

SEBERANG PERAI – UMNO sedia menggembleng tenaga membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, nanti.

Ahli Majlis Kerja Tertingginya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu akan mengatur strategi terbaik sepanjang tempoh tersebut demi melancarkan proses pilihan raya di DUN berkenaan.

Menurutnya, beliau bersama seorang lagi Ahli MKT iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah dihantar ke Sungai Bakap untuk mengadakan beberapa pertemuan berkaitan bagi memperincikan persiapan tersebut.

“UMNO akan membantu calon PH di Sungai Bakap. Ini adalah keputusan mesyuarat ‘war room’. (Naib Presiden UMNO) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hantar saya untuk bertemu UMNO Nibong Tebal tengah hari ini manakala Datuk Seri Jamil Khir pula akan bertemu biro agama.

“Ini perbincangan awal kami. Insya-Allah, UMNO akan membantu dengan bersungguh-sungguh calon PH di Sungai Bakap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Seminar Jalan Bandar @ Penang 2024 di Butterworth Arena, hari ini.

Semalam, Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan yang calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal mewakili Kerajaan Perpaduan dalam PRK Sungai Bakap.

Pengumuman itu dibuat selepas kesemua kepimpinan Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat khas itu agar calon PKR diletakkan sebagai wakil Kerajaan Perpaduan dalam PRK berkenaan.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zari Latiff dari parti Pas pada 24 Mei lalu akibat masalah dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri atau lebih dikenali sebagai YB Abang Zam yang merupakan Yang Dipertuan Pas Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI