fbpx

Pokok tumbang hempap gerai di Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gerai makanan musnah dihempap pokok tumbang di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah gerai musnah selepas sebatang pokok tumbang menghempap premis itu dalam kejadian ribut di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya terima panggilan pada pukul 2.38 petang tadi.

Menurut PGO, seramai lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati ada pokok tumbang namun tiada mangsa yang terlibat.

“Kejadian berlaku di dalam kawasan milik persendirian dan pemiliknya menggunakan khidmat kontraktor untuk melakukan pembersihan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI