fbpx

PM dijangka umum insentif pengecualian cukai di JS-SEZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID melawat pameran sempena Program Halal On Track@Johor sambil diperhatikan Onn Hafiz di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa insentif termasuk pengecualian cukai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada Pembentangan Belanjawan 2025, Oktober depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu secara tidak langsung bagi menarik lebih banyak kemasukan pelabur termasuk pemain industri halal dari dalam dan luar negara.

Katanya, perkara itu antara permintaan yang diutarakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi menggalakkan kemasukan pelaburan melonjakkan industri di negeri ini.

“Salah satu insentif yang disuarakan Menteri Besar ialah tax holiday (pengurangan atau penghapusan sementara cukai), saya fikir ia mungkin boleh dipertandingkan.

“Saya akan merujuk perkara ini kepada Perdana Menteri, esok dan akan terus memanjangkan perkara ini, harapnya Perdana Menteri dapat mempertimbangkan inisiatif ini kepada pemain industri halal dan diumumkan pada Pembentangan Belanjawan 2025 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Perasmian Halal On Track di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam ucapannya, mencadangkan agar beberapa inisiatif diberikan kerajaan bagi menarik pelabur di zon ekonomi khas itu termasuk pengecualian cukai.

Malaysia dan Singapura pada 11 Januari lalu menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) zon ekonomi khas berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI