fbpx

Perompak bawa lari peti besi tinggalkan bau badan busuk – Kieda Crepe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kieda dan suami memaklumkan bau badan yang ditinggalkan perompak terlalu busuk pada malam kejadian rumah mereka dipecah masuk, 25 April lalu.

PETALING JAYA – “Bau badan dia (perompak) terlalu kuat. Nak kata jenis penagih ke apa, tak tahu lah. Tetapi, memang busuk”.

Demikian gambaran yang dikongsikan usahawan wanita yang juga pempengaruh, Kieda Crepe apabila menceritakan suasana ketika dia dan suami masuk ke rumah mereka selepas kediaman itu dipecah masuk perompak pada 25 April lalu.

Menurut Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra dan suami, Muhammad Hilmi Mohd. Zaki, rumah mereka ditinggalkan dalam keadaan bersih dan wangi, namun pada malam kejadian segalanya berubah selepas terhidu bau masuk.

Selain itu, mereka juga berjaya mengesan tapak kaki manusia yang masih basah keluar di kawasan bilik dan laluan ke tingkap rumah.

“Mereka baru sangat keluar sebab kesan tapak kaki masih basah,” kata Muhammad Hilmi yang berkongsi cerita kejadian menerusi hantaran di Instagram @kiedx_.

Terdahulu, Kieda mendakwa dia mengalami kerugian kira-kira RM800,000 susulan peti besi berisi barangan kemas miliknya dilarikan perompak dalam kejadian pecah masuk di kediamannya di Pokok Sena, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Katanya, semalam sudah genap 40 hari kejadian itu berlaku dan sehingga kini masih belum ada tangkapan dilakukan pihak polis.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Zulkeflee Sulaiman berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang melarikan barangan kemas milik pempengaruh media sosial itu.

“Kita ada temui tujuh kesan cap jari di lokasi kejadian, tetapi berdasarkan semakan yang dibuat, didapati tiada satu pun cap jari itu yang ada rekod dalam pangkalan data jenayah kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI