fbpx

Perairan Malaysia dilanda angin kencang, laut bergelora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan Malaysia sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran laut bergelora melibatkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor, Melaka, Johor Barat dan Lahad Datu.

“Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada aktiviti bot kecil,” katanya.

Selain itu, bagi aktiviti perkapalan pula, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Selatan, Condore dan Sulawesi sehingga 9 malam ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora dengan kelajuan angin mencecah 50 kmsj dan ketinggian ombak 3.5 m itu, adalah berbahaya kepada aktiviti bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI