fbpx

Pencuri ditangkap 12 kali masih tidak insaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pornthip melakukan kesalahn sama sejak 2010. – KhaoSod

BANGKOK – Seorang wanita di Bangkok diberkas untuk kali ke-12 atas kesalahan serupa iaitu mencuri daripada pelancong asing, lapor laman berita Thaiger.

Pornthip, 55, ditahan Sabtu lalu di hadapan sebuah kondominium di daerah Phaya Thai, Bangkok.

Polis berkata, sejumlah pelancong asing melaporkan berbilang insiden kecurian ketika mengunjungi tempat pelancongan popular dan pusat beli-belah di ibu negara Thailand tersebut.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati Pornthip ialah suspek utama dalam kes-kes yang dilaporkan.

Wanita itu dikenali dalam kalangan anggota polis dan pengawal penjara  kerana kerap ditahan atas jenayah berulang sejak 2010.

Sepanjang tempoh itu, Pornthip ditahan dan didakwa kerana pelbagai kes kecurian dan kali  terakhir dia dibebaskan dari penjara adalah pada Mac lalu.

Modus operandi Pornthip adalah bersembang dengan kumpulan pelancong asing sebelum melarikan barangan berharga milik mereka.

Barang yang dicuri dijual untuk menampung perbelanjaan hidupnya sehinggakan dia mampu membuka sebuah kedai kopi, lapor akhbar KhaoSod.

Menurut Pornthip, dia mencuri kerana mahu mengumpulkan modal untuk memulakan perniagaannya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI