fbpx

Mayat Hafiz sudah dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ NURSALAM yang hilang selepas keluar mencari kerang di Pantai Tenglu Laut, Mersing semalam dijumpai penduduk kampung dalam keadaan tidak bernyawa petang tadi.

MERSING – Mayat pemuda yang disyaki hilang selepas keluar mencari kerang di Pantai Tenglu Laut semalam berjaya dijumpai penduduk kampung kira-kira satu kilometer dari tepi pantai petang tadi.

Mangsa, Hafiz Nursalam Ahmad, 21, dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa pukul 6.36 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Abdul Muiz Mukhtar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa itu turut melibatkan unit dron Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor.

“Pada pukul 4.56 petang Unit dron JBPM Johor turut berada di lokasi bagi melakukan operasi pemantauan melaui udara bagi mengesan mangsa.

“Mangsa kemudian telah dijumpai oleh bot orang kampung pada jarak satu kilometer dari tepi pantai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada pukul 7.22 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu siasatan awal mendapati punca kematian mangsa adalah akibat lemas.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk urusan bedah kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI