fbpx

Pemandu bas potong treler di selekoh dikompaun RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular menunjukkan tindakan seorang pemandu sebuah bas ekspres cuba memotong sebuah treler.

GERIK – Polis mengeluarkan kompaun RM300 terhadap pemandu bas ekspres yang memandu secara berbahaya di Kilometer 33.4, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli di sini sehingga kejadian itu tular dalam media sosial minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas pemandu bas terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada Ahad lalu.

“Kompaun ke atas pemandu berusia 36 tahun itu dibuat di bawah Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana memotong dengan cara bahaya,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 40 saat di media sosial menunjukkan sebuah bas nyaris bertembung dengan lori ketika cuba memotong treler di laluan berselekoh dan garisan berkembar.

Tindakan pemandu bas itu mendapat kecaman ramai yang menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa penumpang serta pengguna jalan raya lain.

Dalam pada itu, Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) menggantung tugas pemandu tersebut bagi membolehkan siasatan dalaman dapat dijalankan sebaik mungkin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI