fbpx

Peguam Mahmud tidak lagi wakili ibu bapa Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmud (kiri) tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

PETALING JAYA – Peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditahan reman tidak lagi mewakili pasangan suami isteri itu bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya menarik diri dari mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin kerana ingin memberi tumpuan kepada kes-kes lain yang sedang saya kendalikan. Saya berdoa agar perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak agar menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI