fbpx

Peguam baharu wakili ibu bapa Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Datuk kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengesahkan telah melantik peguam baharu bagi mewakili anak serta menantunya yang ditahan reman kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Zahari Mohd Reba 55, ketika dihubungi media bagaimanapun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut atas nasihat peguamnya.

“Maaf ya… buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam,” katanya yang turut mengesahkan sudah melantik peguam baru.

Terdahulu, peguam kepada ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang kini dalam tahanan reman tidak lagi mewakili pasangan suami isteri itu bermula hari ini.

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI