fbpx

Orang Lembah Klang siap sedia simpan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk mengisi bekalan air dalam tong di Kampung Delek, Klang semalam.

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar Lembah Klang yang me­ngalami gangguan bekalan air selama 96 jam bermula hari ini bersiap-sedia menyimpan stok air.

Penduduk yang sudah ‘berpengalaman’ didapati telah sedia dengan bekas simpanan di rumah untuk mengisi air yang terputus bekalan sehingga Jumaat ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kawasan termasuk di Klang dan Sungai Buloh mendapati, rata-rata penduduk bersiap sedia menyimpan bekalan air untuk kegunaan tiga hari itu.

Kata salah seorang penduduk di Kampung Delek, Klang, Badrul Zaman, 56, dia menerima notis gangguan air daripada kumpulan WhatsApp yang disebarkan oleh ahli keluarga sejak bulan lepas dan bersedia untuk menghadapi masalah tersebut sejak semalam.

“Saya tadah air pukul 6 petang semalam, notis kata bermula 5 Jun (hari ini) jadi dua hari awal saya sudah siap sedia tadah air

“Sebelum itu, saya keluar untuk beli tempat isi air iaitu seba­nyak empat tong yang berharga RM18 untuk 12 gelen di kedai berhampiran.

“Saya dapati tidak ramai sa­ngat orang membeli tong dan air botol di kedai tersebut. Barangkali disebabkan kejadian tiada air pada waktu dulu yang membuatkan mereka sudah mempunyai tempat untuk mengisi air dan sentiasa bersedia jika masalah ini berlaku lagi,” katanya.

Selain itu, Nur Masilah Ahmad, 45, mengatakan mereka sudah lama mempunyai kelengkapan untuk menadah air dan akan menambah bila­ngan tong jika tidak cukup.

“Kali ini, saya akan melebihkan tong untuk mengisi air ke­rana mempunyai keluarga ramai, jadi selepas ini mungkin keadaan akan lebih baik berbanding tahun lepas.

“Saya tadah dengan menggunakan tong biru besar serta beberapa baldi dan bekas. Saya harap bekalan itu akan cukup untuk keluarga saya bagi tempoh tiga hari tanpa air nanti,” katanya.

Sementara itu, rata-rata penduduk di perumahan Bandar Baru Sungai Buloh sudah mula membuat persiapan awal dengan menyimpan bekalan air bersih untuk kegunaan harian sepanjang tempoh tiga hari tersebut.

Menurut seorang penduduk di perumahan Bukit Rahman Putra, Mohamad Shawal Suhaimi, 32, dua tong simpanan air bersih berukuran kira-kira 125 liter dan satu besen air telah disimpan sejak awal Mei lagi.

“Notis awal sudah diberi awal, jadi kami sudah siap sedia,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Kumatana Letchumi, 60, masih lagi tenang walaupun bakal mengalami gangguan bekalan air yang dijangka hari ini dan bercadang untuk simpan air awal.

“Biasanya mereka (Air Se­langor) tidak akan tutup sepenuhnya bekalan air, petang nanti masih sempat untuk saya simpan air,” katanya.

Dalam pada itu tujuh daerah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini disebabkan kerja penambahbaikan aset Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI