fbpx

Mereka berbaik, saya orang pertama mengamuk – Didi Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Didi menafikan sekeras-kerasnya kakaknya, Bella sudah berbaik semula dengan Aliff Aziz.

PETALING JAYA – “Kalau berbaik, saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya. Saya yang jadi wakil netizen, jangan risau.”

Demikian penegasan pelakon Didi Astillah apabila timbul dakwaan mengenai kakaknya, Bella Astillah yang dikatakan sudah berbaik dengan suami, Aliff Aziz.

Pada masa sama, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, yang bengang dengan desas-desus bertebaran memaklumkan, kakaknya masih teguh dengan pendirian untuk berpisah.

“Saya nak mengamuk apabila nampak artikel mereka sudah berbaik. Suka hati sahaja.

“Bila masa berbaik? Berhubung pun tidak, nak berbaik macam mana? Memang nak bercerai,” katanya menerusi siaran langsung TikTok semalam.

Selain itu, Didi berharap penjelasannya dapat membuatkan netizen berhenti mengecam Bella.

“Saya tidak tahu siapa yang buat cerita, kalau tahu saya akan hubungi dia.

“Mula-mula saya ingat mahu biarkan tetapi apabila sudah ramai sangat (bercakap) saya jadi geram pula.

“Siapa yang sudah terkomen dan rasa geram dekat artikel itu serta geram dengan Bella, komen balik sambil beritahu berita tersebut tidak betul,” ujarnya lagi.

Susulan kes mahkamah antara Bella dan Aliff ditunda dari 4 Jun ke 13 Jun, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu kembali berbaik dengan suaminya.

Pun begitu, Bella, 30, memilih untuk mengunci mulut, sekali gus membiarkan persoalan terbiar tanpa jawapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI