fbpx

MBJB guna ‘doktor pokok’ pastikan kesihatan, keselamatan pokok warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBJB giat menjalankan pemeriksaan terhadap pokok warisan iaitu yang berusia lebih 40 tahun bagi memastikan tahap kesihatan dan keselamatan terjamin buat penduduk setempat.

JOHOR BAHRU – Pokok warisan iaitu pokok yang telah berusia lebih daripada 40 tahun akan diperiksa bagi memastikan ia masih sihat dan selamat khususnya di kawasan tumpuan awam.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu telah memeriksa lebih daripada 200 pokok dalam kategori berkesan sejak tahun 2021.

Menurut beliau, itu merupakan langkah proaktif yang diambil pihaknya bagi memastikan kewujudan pokok tua tidak mendatangkan ancaman kepada orang awam.

“Di MBJB, kita mempunyai dua orang ‘arborist’ atau doktor pokok, tetapi jumlah itu tidak mencukupi. Jadi kita akan melantik konsultan luar untuk membantu menjalankan pemeriksaan terhadap pokok-pokok warisan di PBT ini.

“Sejak tahun 2021, lebih daripada 200 batang pokok warisan telah diperiksa. Jika diikutkan pokok status ini tidak boleh ditebang tetapi ia bergantung kepada situasi dan risiko. Kita tidak mahu kejadian pokok tumbang seperti di Kuala Lumpur dan Melaka berlaku di sini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB, di Menara MBJB, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Noorazam, kerja-kerja pemeriksaan terhadap pokok warisan dan juga yang berisiko akan diteruskan dari masa ke semasa, dengan langkah diambil termasuklah mencantas ranting atau menebangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI