SEBERANG PERAI – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat insiden pegawai pengiring individu kenamaan yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing berstatus orang kelainan upaya (OKU) di Kuala Lumpur 28 Mei lalu.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tidak masuk campur dalam kes tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain.
“Yang itu (isu pukul), kena tanya IGP (Razarudin) kot, saya tak campur,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perkembangan siasatan kes tersebut.
Terdahulu, beliau mengiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak melawat Kompleks Penjara Seberang Perai, Jawi di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE