fbpx

Kadar baharu lesen kenderaan EV mula Januari 2026, 85 peratus lebih murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke menunjukkan kadar fi lesen kenderaan motor bagi pengguna EV pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan kadar baharu fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor elektrik (EV) bermula 1 Januari 2026 akan ditentukan mengikut kuasa motor elektrik.

Lebih menarik, kadar fi LKM itu jauh lebih murah berbanding kadar sedia ada dengan pengurangan fi sehingga 85 peratus.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kadar fi LKM itu ditetapkan berdasarkan kepada kuasa motor elektrik dimiliki kenderaan EV tersebut.

Beliau berkata, kadar fi itu akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik dan ia terpakai kepada kepada kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEVs) dalam kategori Pure Battery Electric Vehicle (PBEV) dan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) sahaja.

“Semua kadar fi yang ditetapkan ini akan disemak sekurang-kurangnya setiap lima tahun bagi memastikan keberkesanan peralihan kepada ZEVs serta impak kepada hasil kerajaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, tahap penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif pada tahun 2023 susulan dasar kerajaan memberi pengecualian pelbagai duti, cukai dan fi yang berkenaan.

Kadar fi LKM EV sebelum dan selepas pindaan.

Bagaimanapun, Loke berkata, secara kesuluruhannya trend pertumbuhan EV di Malaysia masih di peringkat awalan.

“Berdasarkan statistik semasa, pada tahun 2023 sebanyak 15,671 kenderaan elektrik telah didaftarkan berbanding jumlah kenderaan yang didaftarkan iaitu 1,533,332 kenderaan dan mewakili hanya satu peratus.

“Setakat 30 April lalu, jumlah kenderaan elektrik yang didaftarkan adalah sebanyak 7,003 atau 1.4 peratus berbanding jumlah kenderaan sebanyak 499,945 buah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI