LONDON – Barangan cenderahati Manchester United (MU) berupa plak kaca mengandungi konsul permainan Game Boy milik seorang peminat kelab bola sepak berkenaan kini bernilai £30,000 (RM179,925), lapor akhbar The Sun.
Ibu dan bapa peminat MU tersebut, Ali Ahmed membeli cenderamata itu pada tahun 1996 ketika Ali berumur tiga tahun dan menyimpannya sebagai koleksi.
Setelah dewasa, Ali berjaya mendapatkan tandatangan bekas pengurus MU, Alex Ferguson pada bahagian belakang plak kaca itu. Ketika kejadian, Ferguson pergi ke farmasi tempat Ali bekerja baru-baru ini.
“Ini umpama mimpi menjadi kenyataan. Ia adalah detik yang nyata. Saya berlari dan memberitahunya adalah satu penghormatan untuk bertemu dengannya.
“Dia sangat baik dan bersetuju menandatangani Game Boy ini dan berswafoto,” kata Ali.
Ali menerima tawaran sangat lumayan berjumlah £30,000 dari Jepun untuk mendapatkan konsol Nintendo itu yang harga asalnya cuma £60 pound (RM359.84).
Bagaimanapun, dia enggan menjual konsol tersebut kerana mahu menyimpannya sebagai memorabilia peribadi. – AGENSI