fbpx

Corak menyerang senjata utama Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA

BEKAS jurulatih remaja negara, Kwan Yoke Meng percaya Lee Zii Jia mampu kembali kepada senjata utamanya iaitu ‘mod menyerang’ selepas menampilkan aksi terbaik sewaktu menjuarai Terbuka Thailand dan naib juara Malaysia Masters bulan lalu.

Menurutnya, prestasi tersebut adalah petanda positif buat pemain No.9 dunia itu dalam fasa persiapan memburu pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirai pada Julai ini.

Bagaimanapun, Yoke Meng yang pernah melatih Zii Jia di peringkat remaja berkata, pemain terbaik negara itu perlu memastikan segala kelemahan terutama bertahan dan permainan di jaring harus lebih sempurna sekiranya ingin mencapai kejayaan lebih tinggi.

“Sekarang kita dapat melihat banyak perubahan dilakukan dalam permainannya apabila dia kembali kepada corak permainan menyerang.

“Sebelum ini, dia nampak cuba memperbaiki kelemahannya tetapi dia lupa mengenai cara untuk mendapatkan mata. Sebenarnya kekuatannya untuk mendapatkan mata kemenangan adalah dengan corak permainan menyerang.

“Dia juga perlu bagus dalam aspek bertahan dan permainan di jaring yang mana kesemuanya perlu sempurna. Jika anda tidak menggunakan senjata anda, bagaimana nak mengutip mata.

“Sekarang saya rasa dia mula sedar dan itu adalah petanda yang baik untuknya,” kata Yoke Meng yang pernah membantu Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992.

Zii Jia yang kini sedang membuat persiapan untuk menghadapi Terbuka Indonesia dijangka berdepan pemain No.21 dunia dari Perancis, Christo Popov.

Sebelum ini, Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Singapura kerana masalah kecederaan hamstring sekali gus menyaksikan perseorangan kedua Indonesia, Anthony Ginting mara ke pusingan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI