fbpx

Modul Chang’e-6 berlepas dari Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET Long March 5 membawa kapal angkasa penjelajah Bulan, Chang’e - 6 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa di Wengchang, wilayah Hainan pada 3 Mei lalu. – AFP

BEIJING – Sebuah modul kapal angkasa penjelajahan China berlepas dari kawasan jauh Bulan hari ini dengan membawa sebilangan sampel pulang ke Bumi.

Pencapaian itu adalah yang pertama di dunia dan merupakan kejayaan terbesar baharu untuk program angkasa lepas Beijing. China bercita-cita menghantar angkasawannya ke Bulan menjelang 2030.

“Modul(kapal angkasa mini)  daripada kapal angkasa Chang’e-6 itu telah berlepas dari permukaan Bulan,” kata agensi berita rasmi Xinhua yang memetik Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China(CNSA).

“Misi ini telah bertahan daripada suhu tinggi di kawasan jauh Bulan,” kata CNSA.

Kapal angkasa Chang’e-6 mendarat di Lembangan Kutub Selatan-Aitken kelmarin. Kawasan itu merupakan antara kawah impak terbesar yang diketahui oleh manusia di dalam sistem solar, demikian menurut CNSA.

Secara teknikal, Chang’e-6 akan melaksanakan misi selama 53 hari di Bulan yang bermula pada 3 Mei lalu.

Saintis-saintis berkata, kawasan jauh Bulan yang juga dinamakan sisi gelap Bulan, menyimpan banyak maklumat untuk penyelidikan kerana kawahnya kurang diliputi aliran lahar kuno berbanding  sisi yang dapat dilihat dari Bumi. 

Sampel dari kawasan sisi gelap Bulan dipercayai dapat memberi maklumat tentang bagaimana jasad angkasa lepas itu terbentuk. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI