fbpx

Bilik asrama Sahut terbakar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran bilik asrama Sahut, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Blok asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut) di sini terbakar lagi hari ini setelah insiden sama berlaku lebih tiga minggu lalu.

Kebakaran pada pukul 1.57 pagi tersebut memusnahkan sebuah bilik asrama yang terletak di tingkat empat blok terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusop berkata, sembilan anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kebakaran tersebut.

“Sebanyak 80 peratus daripada bilik asrama tersebut telah musnah dalam kebakaran tersebut.

“Tiada mangsa (pelajar) dilaporkan terlibat. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan kebakaran bilik asrama terbabit membabitkan blok sama yang telah terbakar pada 12 Mei lalu.

Kosmo! 12 Mei lalu melaporkan seramai 10 pelajar Sahut berdepan detik cemas apabila bilik asrama yang dihuni mereka tiba-tiba terbakar pada pukul 3.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI