fbpx

Bella Astillah tepis dakwaan berbaik dengan Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella dan suami, Aliff Aziz.

PETALING JAYA – Kesal dengan dakwaan sudah berbaik dengan Aliff Aziz timbul, pelakon Bella menegaskan sudah meneruskan hidup dengan tenang tanpa suaminya setakat ini.

Kecewa banyak fakta diputar belit banyak pihak ketika ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia hanya meminta orang ramai berhenti mengecamnya disebabkan dakwaan tersebut.

“Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam bella.

“Saya sudah lama ‘move on’ dan cuba hidup tenang,” kata Bella menerusi Instagram Story.

Dalam pada itu, dia menegaskan tindakan menolak untuk ditemu bual sejak kebelakangan ini kerana enggan timbul spekulasi sebegitu yang dicetuskan oleh portal-portal berita.

“Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual kerana pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.

“Jawab salah, tak jawab dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. Semua fakta dipusing.

“Saya hormat kerja media tetapi tolong hormat juga empunya badan. Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul,” jelasnya.

Semalam, Bella menjawab kepada Kosmo! Online enggan mengulas dakwaan mengenai sudah berbaik dengan Aliff dan kini lebih selesa memberi tumpuan terhafap kerjaya seninya termasuk pelancaran single bersama adiknya, Didi Astillah.

Bagaimanapun, banyak pihak memutar belit kenyataannya dan mula menyebarkan dakwaan palsu bahawa dia sudah berbaik dengan Aliff.

Perkara tersebut seterusnya mengundang kecaman ramai yang kecewa sekiranya situasi berkenaan benar-benar berlaku.

Pada 13 Mac lalu, Bella mengejutkan ramai apabila nekad memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Kes tuntutan perceraian yang sepatutnya berlangsung hari ini ditunda dan disambung semula pada 13 Jun ini depan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI