fbpx

Amerika sedia 5 juta dos vaksin H5N1, bimbang jangkitan pada manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan menunjukka petugas kesihatan memeriksa keadaan ayam bagi mencegah penularan selesema burung di sebuah ladang ternakan di Aceh, Indonesia pada 2 Mac 2023. – AFP

WASHINGTON  –  Hampir lima juta dos vaksin  H5N1 sedang disiapkan bagi kebarangkalian untuk digunakan pada  manusia ketika wabak selesema burung terus  merebak dalam kalangan lembu tenusu di Amerika Syarikat (AS).

Agensi berita United Press International melaporkan, sejak wabak itu melanda haiwan ternakan bermula musim bunga tahun ini,  virus H5N1 disahkan menjangkiti tiga individu yang bekerja di ladang tenusu di negeri Texas dan Michigan.

Pakar-pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan berhubung H5N1  yang berisiko bermutasi dan menjangkiti manusia dengan mudah.

Sebagai tindak balas, firma pengeluar vaksin CSL Seqirus mengumumkan minggu lalu bahawa pihaknya  ditugaskan untuk menghasilkan  dos tambahan vaksin selesema burung di kilangnya di Carolina Utara.

“Ia melibatkan pengeluaran berskala besar. Kami  bersiap sedia untuk membekalkan sehingga 150 juta dos vaksin influenza (H5N1).

“Ia adalah bagi menyokong tindak balas wabak selesema burung  dalam tempoh enam bulan selepas pengisytiharan pandemik,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan akhbar.

Pengarah Eksekutif Global untuk Pandemik di CSL Seqirus, Marc Lacey berkata, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagaimanapun  mengekalkan risiko H5N1 terhadap  kesihatan awam pada tahap rendah.

“Kami memantau rapi  situasi  semasa  kerana menyedari ancaman yang boleh ditimbulkan oleh virus influenza seperti H5N1. Kami juga mengambil serius peranan kesiapsiagaan oleh kerajaan dan rakan kongsi kesihatan awam kami,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI