fbpx

Zayn Rayyan: Bekas pengasuh antara dipanggil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – Beberapa individu termasuk bekas pengasuh dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin selepas ibu bapa kanak-kanak itu ditahan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan memanggil kesemua individu ini adalah bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan.

Jelas beliau, pihaknya memanggil pengasuh serta dua ahli keluarganya untuk membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya, hari ini.

“Kemungkinan akan panggil individu lain selepas ini adalah bergantung kepada soal siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi siasatan lanjut.

Rampasan yang dilakukan adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

Terdahulu, media melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari bermula kelmarin hingga 7 Jun bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan dengan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI