fbpx

UiTM sasar pengambilan 51,000 pelajar sesi kali ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raduan (kiri) melawat reruai sempena ESKU 2024.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan pengambilan seramai 51,000 pelajar bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi itu pada kali ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof.Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, pihaknya juga telah menerima 550,000 pendaftaran untuk semakan program-program di UiTM secara dalam talian.

“Ia merupakan angka yang sangat memberangsangkan sedangkan kita hanya mengambil 51,000 pelajar pada kemasukan kali ini,” katanya pada majlis perasmian penutup Ekspo Selangkah ke UiTM (EKSU) 2024, di sini.

Mengenai ESKU 2024, Raduan berkata, minat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk masuk ke UiTM tetap menggalakkan dengan kehadiran seramai 15,214 pengunjung selama dua hari bermula 1 Jun.

Katanya, bidang perakaunan, pengurusan hospitaliti dan pengurusan perniagaan antara kursus yang mendapat banyak perhatian dan semakan sepanjang EKSU tersebut.

Dalam perkembangan lain, Raduan berkata, UiTM tidak terburu-buru untuk mewujudkan kursus teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menjadi satu keperluan dalam pelbagai bidang industri pada masa depan.

Ujarnya, langkah mewujudkan kursus baharu atau memasukkan elemen yang unik seperti AI dalam kursus sedia ada memerlukan penilaian khusus setiap tiga hingga lima tahun membabitkan fakulti dan badan profesional berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI