fbpx

Toyota Vios terbabas rempuh pagar istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN pagar Istana Besar di Jalan Tun Dr. Ismail, Johor Bahru yang dilanggar seorang lelaki yang memandu kereta Toyota Vios dalam kejadian petang semalam.

JOHOR BAHRU – Gara-gara jalan licin, seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios gagal mengawal kenderaannya dan melanggar pagar Istana Besar di Jalan Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, pemandu lelaki berusia 25 tahun tersebut terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu lelaki itu terbabas akibat permukaan jalan licin kerana hujan.

“Kereta itu terbabas dan tidak melibatkan kenderaan lain. Pemandunya didapati tidak mabuk dan ujian air kencing juga bebas bahan terlarang,” katanya dihubungi hari ini.

Raub berkata, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial video sebuah Toyota Vios terbabit dalam kemalangan sehingga melanggar pagar istana di bandar raya ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI