fbpx

Toyota gantung penghantaran kereta Corolla Fielder, Axio, Yaris Cross

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA memandu kereta Yaris Cross di kilang Toyota di Onnaing, Perancis pada 12 Julai 2021. – AFP

TOKYO  – Toyota hari ini menggantung penghantaran domestik tiga model keretanya selepas gagal memenuhi peraturan pensijilan kerajaan bersama pesaing tempatan lain termasuk Honda, Mazda, Suzuki dan Yamaha.

Kementerian Pengangkutan Jepun mengarahkan kesemua pengeluar kenderaan itu untuk tidak mengeksport model tertentu.

Menurutnya,  pemeriksaan di lapangan akan dilakukan selepas syarikat-syarikat terbabit melaporkan gagal memenuhi langkah standard pengesahan penghantaran kenderaan.

Toyota menyatakan, pihaknya akan menggantung penghantaran model Corolla Fielder, Corolla Axio dan Yaris Cross di Jepun selepas melaporkan data tidak lengkap melibatkan ujian perlindungan pemandu dan penumpang di samping ujian keselamatan pejalan kaki.

Pengeluar kereta terbesar itu turut memberitahu, siasatan dalaman mendapati empat model kenderaan lain yang tidak lagi dikeluarkan oleh Toyota telah  menggunakan kaedah ujian  yang berbeza daripada standard ditetapkan oleh kerajaan Jepun.

Justeru, Toyota memohon maaf kepada pelanggannya tetapi memberi jaminan kepada mereka bahawa semua kenderaan itu selamat untuk dipandu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI