SACRAMENTO, CALIFORNIA – Taikun media, Rupert Murdoch berkahwin untuk kali kelima dengan seorang ahli biologi Russia yang telah bersara, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Murdoch, 93, berkahwin dengan Elena Zhukova, 67, di California kelmarin.
Desas-desus mengatakan bahawa beliau mula menjalinkan hubungan dengan Zhukova selepas putus tunang dengan bekas paderi polis, Ann Lesley Smith pada April 2023.
Murdoch dan Zhukova dilaporkan berkenalan dalam sebuah parti yang dianjurkan oleh bekas isterinya, Wendi Deng.
Bilionair kelahiran Australia yang mempunyai enam orang anak itu ialah Pengerusi Emeritus News Corporation. Konglomerat itu ialah pemilik syarikat media utama seperti Fox News, Wall Street Journal, The Sun dan Times.
Murdoch meletak jawatan sebagai pengerusi Fox News dan News Corp pada tahun lepas untuk memberi laluan kepada anaknya, Lachlan mengetuai kedua-dua syarikat tersebut.
Bekas pasangan Murdoch yang lain ialah pramugari Australia, Patricia Booker; wartawan kelahiran Scotland, Anna Mann dan model serta pelakon Amerika Syarikat, Jerry Hall. – AGENSI