fbpx

Sultan Ibrahim sarapan di Kampung Baru sempena Hari Keputeraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim mencemar duli ke Kampung Baru pagi tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenaan mencemar duli berangkat ke Kampung Baru untuk santapan sarapan pagi bersempena Hari Keputeraan baginda hari ini.

Dalam hantaran di laman rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkenan santap di Nasi Lemak Wanjo yang merupakan antara gerai terkenal di Kuala Lumpur.

“Keberangkatan tiba baginda nyata mengejutkan dan membawa keterujaan kepada pengunjung yang hadir.

“Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata,” tulis hantaran tersebut.

Sebagai rekod, Hari Keputeraan baginda adalah pada hari ini iaitu 3 Jun dan telah diwartakan sebagai cuti umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI