fbpx

Siasatan kes rompak rumah Kieda Crepe masih berjalan – Polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nur Khalieda atau Kieda dan suami memuat naik video berhubung rumah mereka dipecah masuk di Pokok Sena.

SEBERANG PERAI – Polis masih mengesan suspek yang melarikan barangan kemas milik pempengaruh media sosial yang juga pengusaha dessert, Kieda Crepe selepas kediamannya di Pokok Sena, di sini dipecah masuk pada 25 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Zulkeflee Sulaiman berkata, suspek yang terlibat masih belum dikenal pasti.

“Siasatan masih berjalan, kita tak tutup kes. Memang suspek belum dikenal pasti sebab tiada saksi yang nampak kejadian itu.

“Kita ada temui tujuh kesan cap jari di lokasi kejadian, tetapi berdasarkan semakan yang dibuat, didapati tiada satu pun cap jari itu yang ada rekod dalam pangkalan data jenayah kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, pihak polis sentiasa memaklumkan akan perkembangan terkini berhubung kes terbabit, malah pempengaruh itu turut datang ke balai pada 22 Mei lalu untuk bertemu pegawai penyiasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe memuat naik video di laman Tik Tok dan mendakwa beliau kehilangan kira-kira RM800,000 susulan peti besi berisi barangan kemas miliknya dilarikan perompak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI