fbpx

Real Madrid tunggu masa umum Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE dikatakan sanggup menerima potongan gaji untuk mewakili Real selepas kontraknya berakhir bersama PSG hujung bulan ini. - AFP

PARIS – Bintang Perancis, Kylian Mbappe hanya menanti masa untuk diumumkan sebagai pemain baharu Real Madrid dan dijangka menerima bonus tandatangan berjumlah £85 juta (RM510.05 juta).

Penyerang prolifik berusia 25 tahun itu yang sudah menjaringkan 256 gol dalam 308 penampilan bersama Paris Saint-Germain (PSG) dikatakan telah menandatangani kontrak bersama Real yang dianggarkan bernilai £12.8 juta (RM76.80 juta) setahun selepas tax dengan perjanjian selama lima tahun.

Perkara itu didedahkan pakar perpindahan Eropah, Fabrizio Romano semalam meskipun masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Real, PSG ataupun Mbappe.

Difahamkan, Mbappe sanggup menerima potongan gaji untuk beraksi di Santiago Bernabeu apabila kontraknya bersama PSG tamat hujung bulan ini.

“Saga perpindahan ini akhirnya selesai. Kylian Mbappe menyertai Real Madrid sebagai ejen bebas penghujung musim ini. Kontrak telah ditandatangani dan sekarang hanya menanti pengumuman rasmi dalam masa terdekat.

“Real Madrid kini mempunyai seorang lagi bintang dalam pasukan mereka. Ini satu perpindahan bersejarah,” kata Romano.

Kehadiran Mbappe pastinya bakal memperkuatkan lagi Real yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali ke-15 selepas merangkul gelaran Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Borussia Dortmund 2-0 pada final di Stadium Wembley kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI