fbpx

Polis siasat kes Pei Jing ditipu sindiket pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pei Jing.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing yang ditipu sindiket pelaburan sehingga kehilangan hampir semua wang simpanannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan itu dibuat di Seri Kembangan, Selangor.

“Ia (laporan) melibatkan sindiket penipuan pelaburan dan kita sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Pei Jing berkongsi perkara itu di Instagramnya malam tadi dan berharap semua pihak memberikan dia ruang untuk bertenang.

“Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang melihat hantaran ini, sama ada anda ingin tahu atau bimbang, saya mohon untuk memberikan ruang kepada saya dan keluarga untuk menangani emosi kami.

“Ya, saya telah ditipu, hampir semua simpanan saya oleh sindiket penipuan. Sejujurnya, ini adalah tamparan hebat kerana ia adalah simpanan hasil kerja keras saya sejak bertahun-tahun.

“Ia memerlukan keberanian yang besar untuk bercakap tentang penipuan kerana siapa yang mahu beritahu orang lain mereka ditipu.

“Saya harus menjelaskan sebab saya menghilangkan diri sejak beberapa hari lepas. Semua okey, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya.

“Saya berharap dapat menghalang lebih ramai mangsa dan menerima hakikat bahawa saya telah ditipu,” katanya menerusi perkongsian itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI