fbpx

Polis ‘pening’ van tersangkut pada pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH van seolah-olah 'tergantung' pada sebatang pokok di Singapura baru-baru ini. - Foto SINGAPORE ROADS ACCIDENT.COM/FACEBOOK

SINGAPURA – Polis sedang menyiasat kemalangan yang menyebabkan sebuah van tersangkut pada sebatang pokok di  Lebuh Raya Taman Pantai Timur (ECP) kelmarin, lapor portal berita Stomp.

Polis berkata, pihaknya  dimaklumkan tentang kemalangan itu pada pukul 7.50 malam (waktu tempatan).

Kenderaan itu dipercayai terbabas di laluan ECP menghala ke Lebuh Raya Pantai Marina, tambah polis.

“Pemandu van yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun dibawa dalam keadaan sedar ke hospital,” kata pihak berkuasa.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura, lelaki itu dihantar ke Hospital Besar Changi.

Foto disiarkan di media sosial menunjukkan sebuah van tersangkut menegak pada pokok dengan bahagian hadapan menghadap ke tanah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI