fbpx

PATI menyorok belakang perabot, atas siling elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA warga asing menyorok belakang perabot dan di atas siling ketika serbuan Ops Sapu dan Selera dilakukan di Taman Setia Indah, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Bersembunyi di atas siling dan menyorok di belakang perabot antara helah dilakukan warga asing ketika penguatkuasa Jabatan Imigresen (JIM) Johor yang menyerbu tujuh buah rumah kedai di Taman Setia Indah dekat sini, tengah malam semalam.

Pemangku Pengarah JIM Johor, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, bertindak atas maklumat orang awam, pihaknya melakukan serbuan Ops Sapu dan Selera pada pukul 12.01 tengah malam.

“Seramai 45 individu termasuk warga tempatan diperiksa. Seramai 26 warga asing daripada jumlah tersebut ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita warga Myamnar, seorang lelaki warga India dan seorang wanita warga Thailand masing-masing berusia antara 22 hingga 47 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil serbuan mendapati sebuah rumah kedai turut dijadikan rumah ibadat bagi warga asing di kawasan tersebut selain sebuah restoran warga asing turut dikesan menjalankan operasi secara haram dan tidak memiliki lesen perniagaan yang sah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI