fbpx

Netizen tegur Nora Danish cium mulut anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora dikecam kerana mencium mulut anak lelakinya di bahagian bibir.

PETALING JAYA – Tindakan pelakon Nora Danish memuat naik video mencium anaknya, Mohamed Neqayl di bahagian bibir mengundang pertikaian dalam kalangan netizen.

Dalam video tersebut, Nora yang dilihat memakai telekung menunjukkan kedua-duanya saling bersalaman dan mencium wajah masing-masing beberapa kali.

Nora, 41, turut menitip doa mengharapkan agar anak-anaknya termasuk dalam kalangan golongan hamba yang soleh.

“Anugerahkanlah kepada mereka ilmu yang bermanfaat, hati yang bersih dan akhlak yang mulia.

“Lindungilah mereka dari segala keburukan dan bimbinglah mereka selalu di jalan yang lurus. Amin,” tulisnya dalam Instagram.

Bagaimanapun perkongsian tersebut telah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen yang mempertikai tindakan ibu bapa mencium bibir anak.

Malah, ada juga pengguna media sosial yang memberikan sokongan buat pelakon yang cukup dikenali menerusi sitkom Puteri itu.

“Bukan anak tak boleh cium mulut ke?

“Biarlah anak dia, sibuk nak jadi mak cik onion (bawang).

“Hukum tetap hukum. Lebih lagi anak lelaki.

“Bukan dia cium sampai bernafsu. Kecil lag budak itu, nanti sudah 7 tahun ke atas pandai la mak dia mana boleh, mana tidak boleh,” tulis netizen di ruangan komen.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum lelaki mencium mulut sesama lelaki, atau perempuan mencium mulut sesama perempuan dengan syahwat atau tanpa syahwat adalah haram dan dilarang oleh syarak.

Untuk info, Mohamed Neqayl, 6, merupakan cahaya mata lelaki Nora bersama usahawan, Mohamad Nedim Nazri, 41, setelah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI