fbpx

Muhammad Syahmi tidak boleh bercakap, hanya minum susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD RAHIM mengusap kepala Muhammad Syahmi yang terlantar kerana lumpuh di rumahnya di Kampung Simpang Kiri, Permas, Pontian, Johor.

PONTIAN – Seorang lelaki terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu e-hailing bagi menjaga anaknya, Muhammad Syahmi Asyraf, 18, yang terlantar selepas terbabit kemalangan di Johor Bahru pada Februari lalu.

Sejak kejadian menimpa anaknya itu, Abd. Rahim Halim, 57, berkata, mereka sekeluarga kini bergantung kepada pendapatan isterinya, Sharifah Seri, 47, sebagai Pembantu Tadbir dengan gaji RM2,300 sebulan.

Menurutnya, disebabkan kemala­ngan tersebut, kaki kanan dan tulang rusuk anaknya patah.Paru-paru remaja itu tertusuk tulang rusuk selain terdapat darah beku di kepala.

“Kemalangan itu menyebabkan anak saya terlepas daripada menduduki dua kertas mata pelajaran iaitu Pendidikan Seni Visual dan Sains pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari lalu.

“Muhammad Syahmi juga tidak boleh bercakap dan hanya meminum susu formula sebagai pengganti makanan, menggunakan lampin pakai buang untuk membuang air besar dan air kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Tambah Abd. Rahim, sebelum menjadi pemandu e-hailing, dia meraih pendapatan sebagai pemandu teksi di Johor Bahru selama tujuh tahun selepas bersara dari pekerjaan di sektor swasta kira-kira 10 tahun lalu.

“Sebelum ini kami tinggal di Desa Mutiara Tebrau, Johor Bahru dan pulang ke kampung tinggal bersama adik ­perempuan di rumah pusaka peninggalan orang tua memandangkan saya tidak bekerja,” ujarnya.

Jelasnya, Muhammad Syahmi memerlukan satu tin susu formula khas yang cukup selama dua hari dengan harga RM99 satu tin, selain lampin pakai buang sebanyak dua helai sehari bergantung kepada keadaan.

“Setakat itu saya menerima bantuan kewa­ngan daripada Ahli Parlimen Tanjung Piai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan selain Pertubuhan Bukan Kerajaan di Johor Bahru,” ujarnya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 101133098409 atau hubungi Abd. Rahim di talian 019-7161280 selain berkunjung ke rumah lelaki itu beralamat di 32-A, Kampung Simpang Kiri, Permas, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI