fbpx

Maut selepas enam jam bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja lelaki yang sebelum ini diselamatkan daripada hampir lemas di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis pagi semalam disahkan meninggal dunia malam tadi. - IHSAN BOMBA

PAPAR – Selepas enam jam bertarung nyawa, seorang remaja lelaki yang sebelum ini diselamatkan daripada hampir lemas di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis pagi semalam disahkan meninggal dunia malam tadi

Mangsa Muhamad Haiqal Irwan, 18, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Papar, kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, mangsa yang diselamatkan oleh orang awam sebelum diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan kemudiannya dihantar ke Hospital Papar.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.30 malam tadi,” ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, mangsa dihanyut arus deras ketika mandi manda bersama keluarganya di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, kira-kira pukul 11 pagi pada Ahad.

Mangsa berjaya diselamatkan, namun tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI