fbpx

Lepas teh O ais RM11, tular pula milo RM16 secawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Resit pembayaran yang tular di Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Belum reda isu secawan teh O ais yang dijual pada harga RM11, timbul pula minuman milo ais berharga RM16 secawan.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kedai makan sama terletak di bangunan yang popular sebagai lokasi penganjuran acara terbesar termasuk peringkat antarabangsa di negara ini.

Gambar resit bayaran yang tersebar di Facebook itu memaparkan harga secawan milo ais adalah RM16, manakala dua lagi pilihan menu pencuci mulut masing-masing berharga RM7 dan RM11.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyifatkan kedai makan itu sememangnya menyasarkan pelanggan daripada golongan T20.

“Situ (pelanggan) untuk yang pangkat Datuk, Datuk Seri, Datin. Kalau rakyat marhaen, memang gigit jari la nak bayar,” kata Azizi.

“Sewa mahal kawasan situ, logiklah air mahal. Lepas itu memang bukan tahap B40 atau M40 nak lepak situ pun. Itu semua tempat T20 sahaja. Baik makan kat kedai tepi sungai, lagi sedap,” kata Nurain.

Dalam pada itu, ada beberapa netizen lain berseloroh menyifatkan peniaga menggunakan satu kilogram milo untuk hasilkan secawan minuman bersusu tersebut.

“Dia bancuh milo 1kg sekali minum, itu yang mahal. Tak campur susu tin lagi,” seloroh Rahimah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI