fbpx

[VIDEO] ‘Kecil-kecil dah ajak bertinju atas padang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan yang berlaku dalam sebuah kejohanan bola sepak bawah lapan tahun baru-baru ini.

PETALING JAYA – Baru berusia di antara tujuh hingga lapan tahun, namun sekumpulan murid sekolah rendah itu sudah berani berlagak samseng ketika beraksi dalam sebuah kejohanan bola sepak baru-baru ini.

Difahamkan, kejohanan tersebut hanya melibatkan pemain bawah lapan tahun.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Cakap Sukan_Official malam tadi, pada awalnya berlaku sedikit pertengkaran di antara beberapa pemain daripada dua pasukan.

Kemudian, secara tiba-tiba seorang pemain berlari menuju ke arah pemain lain dan cuba bertindak untuk menendang murid tersebut.

Tindakan pemain terbabit sempat dihalang oleh petugas kejohanan yang berada di padang.

Dalam pada itu, selang beberapa minit seterusnya, berlaku sekali lagi pergaduhan kecil di antara pemain cilik berkenaan apabila bola yang dibawanya berjaya ‘dicuri’ pemain lain.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya meminta pihak sekolah menghalang murid bermasalah daripada terlibat dalam aktiviti sukan berkumpulan itu.

“Kalau aku cikgu dia, masa pemilihan buang dah. Jenis baran ini buat rosak permainan sahaja,” kata Mat Nasir.

“Cikgu kena pilih pemain yang mampu kawal emosi, yang bersedia untuk perlawanan. Kalau jenis semua dia nak menang, jenis baran, boleh bahaya untuk pasukan dan nama baik sekolah,” pesan Sayuti.

“Maka ayah kena cari cara macam mana untuk anak kawal emosi. Tengok gayanya baran budak ini, dari kecil la kena didik dan orang tua kena corakkan. Kalau anak aku macam ini, kau tahu la nasib kau,” komen Che Raa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI