fbpx

Jojo tak fikir ganjaran AS$50,000, fokus kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOJO

KUALA LUMPUR – Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tidak memikirkan soal ganjaran berjumlah AS$50,000 (RM235,348) sekiranya dia berjaya menumbangkan lawan dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 pada Sabtu ini nanti di Thailand.

Johan yang terkenal dengan gelaran Jojo menegaskan misi utamanya adalah mahu menumbangkan juara WMF Muay Thai lima kali itu di Impact Arena, Bangkok.

Bagaimanapun, Jojo yakin pertembungan pada Sabtu nanti tidak mudah tetapi meletakkan keyakinan persiapan lebih tiga bulan dan dibantu dengan barisan pasukan profesional mampu membantunya mengatasi lawan berusia 35 tahun tersebut.

“Rasanya Tran Duy adalah lawan yang paling sukar sejak dalam bidang muaythai. Saya akui dia tidak senang dan dia tak susah untuk ditundukkan kerana ada bahagian kena jaga serta ada bahagian boleh ‘makan’.

“Tetapi Tran Duy adalah seorang lawan yang berpengalaman dan dia juga sudah lama dalam arena ini. Sudah pasti, dia laju dan banyak teknik dalam muay thai ini.

Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tekad benam lawan dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 pada Sabtu ini nanti di Thailand.

“Apapun, sejak menandatangani kontrak berdepan dengannya, saya sudah baca strateginya. Jadi pada perlawanan Sabtu ini, cara dia masuk gelanggang kita sudah tahu dah. Saya benar-benar bersedia untuk berdepannya.

“Mengenai soal duit itu adalah bonus kerana saya suka berlawan dan mahu banggakan nama negara serta harumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya bersama media dalam sesi atas talian hari ini.

Dalam pada itu, Jojo turut mengakui bahawa teknik perlawanan juga semakin matang dan berbeza perlawanan sebelum ini sekali gus bersedia untuk memberi tekanan kepada lawannya hingga pusingan terakhir.

“Saya masih muda dan saya rasa tiada masalah untuk berdepannya. Jadi, kita telah pasang strategi untuk berdepan Tran Duy ini. Kita tahu taktikal perlawanan dia yang suka bermain kebelakang, jadi kita ubah ‘gameplan’ dan memberi tekanan kepada dia dan tekan dia sampai pecahlah,” tambahnya.

Untuk rekod, kali terakhir Johan bertarung adalah pada 8 Disember tahun lalu yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares menerusi kemenangan ‘knockout’ (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI